Monday, April 7, 2014

Contohi Pramugari Royal Brunei Airlines



Uniform lama Pramugari Royal Brunei Airlines

Semua Pramugari Royal Brunei Airlines telahpun melakukan perubahan dengan berpakaian menutup aurat.

Brunei negara Islam, begitu juga Malaysia. Semoga Malaysia akan mengikut jejak langkah begini.

Uniform terkini Pramugari Royal Brunei Airlines


Tahniah Royal Brunei Airlines!

Kedah dilanda musim bunga!





ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu.

Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

Malah pengguna laman Facebook tidak terkecuali memuat turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai, yang tidak berpeluang melihat sendiri keindahan alam ini.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal turut mencadangkan agar sebuah taman diwujudkan hanya dipenuhi lanskap pokok ini, yang digelar pokok Sakura Malaysia.

Dalam komennya itu, Faisal mencadangkan antara lokasi sesuai antaranya Taman Jubli Emas Suka Menanti dan perkarangan Stadium Darul Aman.

“Alangkah cantiknya jika satu kawasan taman atau tanah lapang, dipenuhi lanskap pokok ini sahaja. Saya dapat bayangkan apabila musim bunga, pelbagai warna menghiasi kawasan. Tidak mustahil jadi tarikan pelancong ke Kedah,” katanya.

Tambahnya, Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura, seperti di Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang dipenuhi pokok Cherry Blossoms, menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya mekar.

“Setiap kali musim bunga, berduyun pelancong berkunjung. Kedah boleh menjadi perintis wujudkan taman Sakura Malaysia dengan adanya taman khas, seperti di Bangalore sinonim dengan ros, Belanda (Tulip), China (Cherry Blossoms) dan Jepun (Sakura),” katanya.

Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.

Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan.

Nurul Shamira Mohd Iqbal, 10, berkata, dia dan rakan terpegun dengan keindahan bunga itu dan merakamkan gambar untuk kenangan setiap tahun.

“Ramai orang yang lalu lalang di Jalan Gangsa ini, memberhentikan kenderaan dan merakamkan gambar di sini. Kawasan ini bagaikan sebuah taman berbanding hari biasa, hanya belukar,” katanya.





Saturday, April 5, 2014

Buaya Gergasi Yang Membaham 6 Orang Manusia Berjaya Ditangkap



Buaya Gergasi Yang Membaham 6 Orang Manusia Berjaya Ditangkap | Memang besar gila lah buaya ni sampaikan terpaksa diangkat menggunakan kren dan dibawa menggunakan lori. Baca selanjutnya

Buaya Gergasi Yang Membaham 6 Orang Manusia Berjaya Ditangkap


Seekor buaya yang amat besar disyaki telah membaham dan memakan sekurang-kurangnya enam orang ditangkap di pantai Tasik Victoria baru-baru ini.

Sang buaya berukuran 5.5 meter panjang dan berat kira-kira setan ditangkap selepas penduduk tempatan mendesak pegawai hidupan liar memburunya.


Mangsa terbarunya dipercayai bapa dua anak, Bosco Nyansi, nelayan tempatan. Baju Bosco yang koyak rabak ditemui terapung di tasik berkenaan oleh penduduk tempatan yang dipercaya dibaham buaya itu.

Tidak ada kesan lain ditemui dan rakannya percaya dia dibaham buaya berkenaan.

Reptilia atau haiwan berkenaan dipercayai berusia lebih 80 tahun. Dan Ia diyakini memakan dan mencederakan beberapa nelayan sebelum ini kerana minatnya terhadap daging manusia amat tinggi kot.

Pegawai hidupan liar disana telah berjaya memerangkap buaya berkenaan dengan mengguna umpan daging besar ketika memburunya selama empat hari untuk menangkapnya.

Nota : Buaya di sana amat lah besar ye kalau negara-negara Amerika latin sana. Korang kalau masuk hutan Amazon pasti banyak benda pelik korang akan ketahui. Yang pasti kisah buaya besar ini ada juga di Malaysia dan negara serantau kita.

7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!

Kata orang banyak berjalan luas pandangan memang betullah. Kalau kita melancong di negeri sendiri pun kita sudah lihat pelbagai perubahan atau perbezaan bentuk muka bumi, jenis tanah dan geografi yang berbeza dengan tempat kita. Apa yang perlu kita perlu ucapkan hanyalah.. SUBHANALLAH.
Berikut adalah 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua Bumi.

Pertama dari Benua Asia
1. Reed Flute Cave, Guilin, China1 32 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Gua bawah tanah yang cantik ini bernama Reed Flute Cave atau sekarang yang dikenali dgn nama Palace of Natural Art ini terletak di kota Guilin, China dengan kedalaman sekitar 750 kaki (240 meter). Jejak pertama ke dalam gua ini kira-kira 1000 tahun lalu saat Dinasti Tang. Pencahayaan buatan telah dibangunkan di sana pd tahun 1962 untuk menarik perhatian, sehingga formasi batu-batuan di gua dsb semakin indah.
2 35 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Bahagian terbesar dari sistem gua ini adalah Crystal Palace of the Dragon King (Istana Kristal Raja Naga), yang dapat menampung 1000 orang dan pernah digunakan sebagai perlindungan dari serangan udara pada Perang Dunia II.
Kedua dari Benua Australia
2. The Devil’s Marbles, Northern Territory, Australia3 32 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Batu ini disebut ‘Karlu Karlu’ dari puak oran asli dan merupakan salah satu tempat keagamaan bagi mereka. The Devil’s Marbles merupakan batu raksasa yang berumur 1.7 juta tahun dengan granite di sekelilingnya dan kerosakan fizikal akibat perubahan cuaca ekstrim selama berjuta-juta tahun. Angin, air, suhu dan sinar matahari, bergabung mengikis dan membelah batuan tersebut.
4 29 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Seperti yg kita lihat di atas, beberapa Devil’s Marbles memiliki ukuran yg sangat mengejutkan… …
Ketiga dan keempat… dari Benua Amerika
3. Salar de Uyuni, Bolivia, Amerika Selatan5 25 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Salar de Uyuni merupakan danau garam kering yang terdapat di 10.000 kaki Pegunungan Andes, Bolivia. Kira-kira ada sekitar 10 juta tan garam. Apa yang paling menarik lagi ialah, setelah hujan dataran garam ini akan berubah menjadi cermin terbesar di dunia…
6 19 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
4. Landscape Arch, Utah, Amerika Utara7 20 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Kawasan lindungan Taman Nasional Arches terdapat lengkungan batuan dan pasir alam semulajadi . Dengan ketinggian 290 kaki (sekitar 88 meter) melewati padang pasir kering Utah.
8 20 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Terpahat secara fantastik sejak ribuan tahun yang lalu oleh hentaman ribut pasir dan hujan.
Kelima.. dari Afrika
5. Eye of the Sahara, Mauritania, Afrika
9 20 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Dengan bentuk seperti mata yang sangat mengerikan, Eye of Sahara ini mulai pertama kali dilihat saat manusia telah mampu menembus ruang angkasa dan menyaksikan keajaiban dunia ini. Eye of Sahara memiliki luas sekitar 30 mil.
10 15 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Keenam ada dari Eropah
6. The Gateway To Hell, Námaskarð, Islandia…
11 10 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Disebut sebagai Gateway To Hell, atau dalam bahasa kita : Gerbang Menuju Neraka
12 9 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Islandia merupakan salah satu negara yang memiliki gunung yang paling aktif di dunia, sangat aktif dengan nama negaranya Islandia, alias Iceland alias Dataran Es … Yang paling dahsyat, adalah meletusnya gunung berapi pada tahun 1783, menyebabkan satu per empat populasi penduduk Islandia waktu itu maut.
Terakhir… dari Antartika… Kutub Selatan…
7. Ice Towers of Mount Erebus, Antartika
“>13 6 7 Keajaiban Geologi dari 7 Benua di Bumi… !!
Ratusan menara ais terdiri di Gunung Erebus. Hanya di gunung aktif inilah lahar nan panas bertemu dengan ais nan dingin, dan menciptakan sesuatu yang unik dan alamiah. Menara-menara tersebut memiliki ketinggian sekitar 60 kaki (20 meter).
Menurut mereka pemandangan menara ais di Antartika tersebut sangat indah susah utk diungkapkan dengan kata-kata..
- See more at: http://kopilekat.com/7-keajaiban-geologi-dari-7-benua-di-bumi/#sthash.IGP5PbLc.dpuf

Wednesday, April 2, 2014

`Berakhir' pilihan terbaik

KUALA LUMPUR: Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
Bercakap dalam sidang akhbar di kedutaan China di sini hari ini, Huikang mempertahankan perkataan yang digunakan oleh Najib dalam usaha bagi mengelakkan makna yang mendatangkan keburukan dalam kalangan anggota keluarga penumpang.

Saya faham, Najib berhati-hati memilih perkataan "berakhir" daripada jatuh, terhempas atau tiada siapa yang terselamat kerana jika beliau memilih perkataan itu ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada anggota keluarga .

"Anggota keluarga (warga) China masih berharap orang yang mereka sayangi masih selamat," katanya.
Foto
Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang ketika menyampaikan taklimat dan sidang akhbar kepada wakil media tempatan di Kedutaannya di sini. Foto Bernama

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal "berakhir di selatan Lautan Hindi" selepas analisis terbaharu data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Huikang menegaskan perkataan "berakhir" yang dipilih Najib memberi panduan yang signifikan dalam operasi mencari dan menyelamat kerana ia membantu mengecilkan kawasan pencarian.

"Sebelum ini, kita mempunyai dua kawasan carian iaitu koridor utara dan koridor selatan. Tetapi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib, kita mengecilkan kawasan mencari dan menyelamat dan memberi tumpuan di selatan," katanya.

Di peringkat awal operasi mencari dan menyelamat, usaha itu dibahagikan kepada dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan, meliputi Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Duta itu juga menyelar tindakan media asing atas laporan penuh kontroversi dan berat sebelah berhubung kehilangan pesawat malang itu menyebabkan anggota keluarga warga Chia begitu marah dan menuduh kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab.

"Kami ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa laporan sedemikian boleh menjejaskan hubungan Malaysia-China memandangkan semua orang tahu bahawa Malaysia telah melakukan usaha mereka yang terbaik terutama bagi anggota keluarga (penumpang dan anak kapal)," katanya. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02